Ultra Realistic Dummy Dome CCTV
KOD Produk : SF95 | Harga : RM79
Kos POSLAJU : RM7 (sabah/sarawak : RM10)
.
Hari nie aku nak story sket pasal alat yang dinamakan Satellite Finder Meter. Korang tau apa kebendanye alat nie? Yang mana kaki memburu satelite atau yang sedang memburu impian melihat siaran luar negara ini adalah antara tools atau equipment yang penting untuk menala parabola mereka. Bab halal/haram aku tak nak sentuh. This is for educational purpose. Yalah kalau asyik cerita projek pergi bulan tapi bab komunikasi nie dipinggirkan tak ke rasa mcm ketinggalan zaman. Satellite communication nie dah jadi benda basic kat luar sana tau.
Ok, aku nak cerita balik pasal benda nie. Bila piring ajaib @ parabola ini dah dilaraskan dengan betul mengikut azimuth dan elevation untuk satelit tertentu tetapi masih tak dapat signal disinilah peranan Sat-Finder Meter bermula. Apabila signal diterima oleh LNB ( kepala yang disambung dgn kabel ke dekoder ) meter nie akan memberikan bacaan dan pada masa yang sama buzzer akan berbunyi. Semakin tinggi signal yang diterima semakin nyaring bunyi buzzer. Proses melaraskan parabola nie berulang-ulang sehingga signal yang paling tinggi dan berkualiti dicapai.
Korang boleh google cara-cara nak pakai dia. Yang penting jangan nak cepat jer, nnt tak dpt signal salahkan meter pulak. Hobby nie kena ada kesabaran dan minat yang tinggi, kena slow and steady baru best. Dulu masa aku mula2 beli teleskop (yg murah jer dlm rm350, nak beli brand Meade tak mampu bro, tp aku mmg minat giler) trus tengok kat langit, teropong sana, tropong sini satu planet pun tak nampak. Buat sakit leher jer. Last-last buat tengok bulan jer..ok gak tuh. Bila study balik mcm-mcm kena tahu dari segi angle atas bawah, kiri kanan, lokasi, kecerahan langit, gangguan cahaya dan banyak lagi. We need to do some homework first sebelum gi terjah. Seni tu mesti ada beb..kira skill la tuh!
Sebenarnya ada alat yang seumpama nie dipasaran yang lebih canggih, siap ada LCD display lagi. Harganya dari Rm600 sampai ribuan ringgit. Kalau korang sebagai part time hobby shj yang murah nie dah memadai. Ada part time satellite dish installer beli kat aku sbb dia kata tak payah nak jerit-jerit tanya signal kat tingkat bawah. Dulu aku pun camtu gak siap beli walkie talkie yg murah tu...hehehe. Punyelah semangat!
Ok lah bagi mereka yang berminat kat bawah nie ada spec. dia:-
High Quality,Sensitive,Accurate !!!
Specially for DREAMBOX lovers...
Description :
* Input Frequency: 950 MHz - 2150 MHz
* Sensitivity: 7dB
* Internal 22 Khz indicator light
* Audio tone plus analog signal strength meter display
* Illuminated meter display for use at night
* Light weight and pocket size
Allows you to setup or maximize signal reception at the dish by yourself without having a friend assist or having to make multiple trips to your roof
-Ease of use. Handy tool to align in minutes
-No external power or batteries required. Power supplied from your receiver
-Extremely sensitive meter that indicates very small changes in signal strength
* Bonus tidak disertakan lagi
-------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk Lebih Lanjut Sila Whatsapp yer!
Terima Kasih